Thursday 10 May 2012

PLEASE READ THIS


Pernahkah Anda terfikir mengapa orang dalam "Friend Request" Menambahkan anda? Adakah kerana profil anda? (mungkin) atau foto anda atau hanya untuk memperbanyak'n jumlah teman dalam Friend list? (sebanyak mungkin). Beberapa dari mereka tidak pernah mengirimkan pesan atau mengirimkan Hello mahupun Salam, Bahkan berkemunkinan mereka juga tidak pernah membaca atau melihat apa yang anda kirim.... Kirim pesanan ini kepada semua teman (friendlist) anda dan kita tunggu siapa dari teman anda yang sebenarnya adalah kawan.

Kirim Mawar ini kepada orang-orang yang benar kamu suka ...
Siapa yang mengirimnya kembali, dia benar-benar teman anda. Ini adalah bukti PERSAHABATAN !!!.....

Friday 23 March 2012

sejarah penubuhan amaayk



 
Hari ini dalam sejarah
Pada tahun 1959 Tuan Haji Yahaya telah kembali ke Rahmatullah. Teraju Madrasah Khairiah dipimpinpula oleh Ustaz Abdullah Awang Besar, menantu kepada Allahyarham. Sistem yang dijalankan masihkekal dengan sistem dahulu cuma pada masa ini diadakan sistem kelas. Berbanding dengan masaAllahyarham dahulu yang hanya terdapat sebuah bangunan Madrasah yang kecil sahaja, maka di waktuUstaz Abdullah terdapat dua buah bangunan Madrasah. Di masa ini terdapat 10 orang guru yangmembantu beliau di mana mereka ini berkelulusan Madrasah Khairiah sendiri yang telah mendapatkeputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan 'Syahadah Nihayyah'. Mereka terdiri daripada :1) Ustaz Sulaiman Ibrahim Al-Fahmi2) Ustaz Yahaya Awang Besar3) Ustaz Abdul Rahman Daud4) Ustaz satimin Satipin5) Ustaz Hassan Yaakob6) Ustaz Yaakob Shafie7) Ustaz Elias Hasyim8) Ustaz Abdul Rahman9) Ustaz Yahaya Isa10) Ustazah fatimah Hj. YahayaMereka dibayar gaji antara RM50.00 hingga RM100.00 sahaja, hasil yang diperoleh dari kutipan yuranmurid dimana setiap murid dikenakan yuran sebanyak RM2.00 sebulan. Oleh kerana guru-guru inimendapat gaji yang rendah, maka ada diantara mereka terpaksa turun ke sawah dan ladang bagimenambahkan lagi pendapatan. Namun begitu dengan usaha dan kerajinan pihak pentadbir, merekatelah membuat permohonan kepada pejabat zakat negeri Kedah bagi mendapatkan bantuan kewangan.Akhirnya permohonan mereka telah berjaya dan gaji bertambah dari RM100 hingga RM300.Pentadbiran sekolah masa ini terdiri daripada :1) Seorang Pengerusi2) Seorang Naib Pengerusi3) Seorang Setiausaha4) Seorang Naib Setiausaha5) Seorang Bendahari6) 20 oarang Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada waris-waris.kerjasama dan kesungguhan para pentadbir ini, Madrasah Khairiah semakin maju dan terkenal. Namundemikian beberapa masalah masih timbul terutamanya mengenai tempat penginapan pelajar-pelajarwanita dan sistem yang kurang teratur. Akhirnya masalah pertama dapat diatasi dengan pembinaan
 
sebuah asrama yang dapat menampung 150 orang pelajar hasil dari sumbangan ibubapa dan orangkampung sekitarnya.Pada tahun 1969 Ustaz Abdullah telah kembali ke Rahmatullah. Beliau telah digantikan oleh UstazSulaiman Ibrahim Al-Fahmi yang berasal dari Kampung Atok, Raub Pahang. Beliau adalah salah seorangmurid tertua Tuan GUru Hj. Yahaya Taha.Semasa pentadbiran beliau tiada sebarang perubahan yang dilakukan diatas sistem pelajaran yang lalu.Cuma beliau telah membuat pelajar diwajibkan lulus di dalam peperiksaan sebelum dinaikkan kelas.Setelah tiga atau empat tahun menerajui Madrasah Khairiah, ia dipimpin pula oleh Ustaz ZawawiAhmad anak tertua kepada Paksu Hj. Ahmad yang berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan Universiti Al-Azhar. Di masa pentadbiran beliaulah nama Madrasah Khairiah ditukar kepada Yayasan Khairiah sepertiyang dikenali kini. Beliau tidak lama memegang jawatan Mudir Madrasah Khairiah kerana beberapabulan kemudian beliau telah berangkat ke Sabah kerana bertugas sebagai salah seorang kakitanganpegawai agama di Kota Kinabalu.Dengan ini pentadbiran Yayasan dipangku semula oleh Ustaz Sulaiman Ibrahim Al-Fahmi buat seketikasementara menunggu kepulangan anak sulung Tuan Guru Hj.Yahya (Dari isteri Ke2) yang sedangmenuntut di Universiti Al-Azhar,Mesir.Pada tahun 1977 bagaikan sebiji bintang yang bersinar di tengah kegelapan malam,anak sulung TuanGuru,Ustaz Abdul Rahman telah pulang ke tanahair. Beliau kembali bersama harapan dan citi-cita bagimengembalikan yayasan khariah ke kemuncaknya seperti di masa ayahandanya dahuluSatu perubahan penting yang dilakukan ialah dengan kemasukan pelajaran akademik ke dalam sistempelajaran yayasan. Ini memandangkan pelajaran akademik juga sama pentingnya kepada generasi kinidalam menghadapi perubahan zaman. Ia telah meletakkan Yayasan Khairiah setaraf dengan sekolah-sekolah agama yang lain seperti Maktab Mahmud dan lain-lainnya.Langkah pertamanya ialah dengan memasukkan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran(SRP). Ia memberipeluang kepada pelajar-pelajar Yayasan sendiri dan juga pelajar Sekolah Menengah yang gagal didalampeperiksaan tersebut untuk mengulang di Yayasan ini. Bagi memastikan kejayaan pelajar-pelajar, guru-guru akademik yang berpengalaman telah diambil.Hasilnya daripada 100 orang pelajar yang mengambilpeperiksaan tersebut 50% daripada mereka telah berjaya dengan cemerlang.Kejayaan ini mendorong pihak Yayasan untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajarnya mengambilPeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1978. Daripada kejayaan pelajar-pelajarnya dalampeperiksaan tersebut telah menyedarkan masyarakat sekitar tentang peranan yang dimainkan olehYayasan. Ia bukan sahaja menumpukan kepada pelajaran Agama dan Arab semata-mata, bahkanmelingkupi pelajaran-pelajaran akademik bagi melengkapi pelajar-pelajarnya dalam menghadapiperubahan zaman.
 
 Hasil dari kesedaran ini maka pada tahun 1979, seramai 250 orang pelajar baru telah mendaftar diri,menjadikan jumlah pelajarnya ketika itu seramai 650 orang. Dengan pertambahan yang ramai ini makapihak Yayasan terpaksa menolak beberapa permohonan untuk belajar di sini memandangkan tempatpenginapan yang tidak mencukupi.Hari ini setelah berbagai cabaran dan halangan dihadapi, maka Yayasan Khairiah telah muncul sebagaisebuah Sekolah Agama Rakyat yang terbesar di daerah Baling dan memberi khidmat kepada agama,bangsa dan negara. Beginilah serba sedikit daripada sejarah tertubuhnya Yayasan Khairiah

Tuesday 20 March 2012

mana hebat kite dgn ayam??

mana hebat kite dgn ayam??
ayam sebelum subuh dah bangun untuk kejutkan kite..tapi kite kadang2 marah jugak kat ayam.."wat bising je pagi2"..kita rase kita hebat dah pada ayam..sebelum azan Subuh ayam bangun dah..tapi kita, lepas subuh pun belum tentu bangun..bilal azan Subuh tu panggil kita ke atau panggil ayam?? ayam dgn kita sape ade AKAL??
so..ayam hebat ke atau kite??
Kita yg mengaku memiliki minda cemerlang rupanya gagal dalam peraduan dengan ayam...renung2kan...